February 22, 2017

Sorry seems to be the hardest word

😭😭😭

Mami marah Zihni.
Dia susun kerja mami yang bertimbun tu.
Susun cantik-cantik dengan niat nak tolong kemas. Tapi...
😓

Kepantangan mami is orang usik kerja mami sebab benda tu bukan sepah tetengah alam pun, kat atas meja yang orang lain tak guna.
Plus, minggu lepas baru je si ayong buang one of the important sheet yang memang publisher pesan tolong jangan hilangkan yang ini ye.
So memang petang tu mami agak kasar, jerit kat Zihni.

Kenapa kakak usik work momy?
Kan mi dah pesan work mi ayah jangan usik.
No susun. No alih.
Biar situ dia tak kacau sape-sape kan?!

Mami bebel sambil mami rearrange balik kertas yg bercampuran tu 😭😭😭 dan Zihni pergi duduk depan tv, masam mencuka.

Pastu mami ke dapur, basuh pinggan.
Menyesal.
So mami stop basuh pinggan, ke depan dan duduk sebelah Zihni.
Mami peluk bahu dia.

Mi minta maaf.
Mi tahu kakak anak yang baik dan nak tolong mi kemas.
Tp kakak boleh kemas banyak lagi benda lain.
But not my works and not ayah's work.
Mi tahu Zihni sgt rajin dan suka tolong momy.
Ni mainan kakak yg sepah-sepah ni, lagi bagus kakak tolong mi kemas ni.
Mi minta maaf, ok?

(No respon)

Kakak, momy minta maaf ye 
Terima kasih sebab tolong kemas.
Tapi nanti kakak jangan kemas work momy lg ye.

(No respon)

Momy minta maaf.
Kakak maafkan momy?

(No respon)

Ok. Mami surrender.
Mami basuh pergi sambung pinggan dan Zihni tiba-tiba menangis dan lari masuk khemah.

Selesai basuh pinggan, mami masuk bilik nak mandi.
Zihni masih nangis diam-diam dalam khemah.
Mami tak tahu nak respon macam mana.
Mami decide nak tungu dia berhenti,
Lepas tu kita girls talk.

Tiba-tiba, dia masuk bilik.
Slowly datang dekat-dekat mami.
Pastu berdiri depan mami.

Dia diam.
Mami diam.
Lama...

Then mami tanya.

Kakak marah momy?
Dia geleng.

Kakak dah maafkan momy?
Dia angguk.

Mami hulur tangan.
Dia sambut, cium n terus peluk mami.

Terima kasih kakak, sebab maafkan momy.
Dia peluk mami makin erat.
Pastu mami ceramah sikit lagi pasal kenapa tak boleh usik work momy & ayah.
Dia angguk.

Kakak minta maaf momy.

Mami senyum.
Mami maafkan kakak!

Dia keluar keriangan, sambung tengok tv dengan Zunur.

😭😭😭😭😭

Mami rerfikir... 😭😭😭

Ya Allah, anak aku yang kecik ni pun dah mula susah memaafkan orang lain.
Aku ke yang tunjuk contoh tak baik ni? 😭😭😭


0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers